Tuesday, 12 January 2016

Goodbye sem 5

Assalamualaikum...

Berakhir sudah sem 5 tahun akhir aku kat USM. Tinggal satu sem ja lg before permenantly say GOODBYE to USM...huhuhuhu *I is sedih :'(*

Oke, lupakan kesedihan sat, lambat lg kot.kekekeke (^,^) sekarang ni aku nak share la sikit tempat2 yang menarik aku p, maybe tak la sebanyak macam orang lain. But yeah, ada la modal nak aku share kat sini ye dok (^,^) hehehehe~

So, minggu lepas dalam 2 jan lepas aku bersilat dengan paper core, aku ngan kawan rasa stress tahap dewa, so kami pon dok pakat la ramai2 *4 orang ja pon..ngeh-ngeh (>,<)* nak p release stress.

Kami pon mula la langkah dengan Bismillah *jangan dilupakan* dan start perjalanan kami dari tengah hari sampai la kemalam *sakan kami kan..as a reward to our self (^.^)*

1. Nasi 7 Benua.

Disebabkan terlalu banyak feedback positif orang bagi, dengan gambaq yang wooooo~sgt drooling bila tengok, apa lagi pergi la kami menapak kat sana. Nak try gak kan, dah alang2 tu. Sedap sangat ka benda ni? dah la nasi comel2 ja aku tgk sebab bulat macam aku *hehehehe >,<*

Nasi tu panggil 7 benua sebab ada 7 jenis nasi. So sapa2 yang jenis susah sangat nak buat pilihan and sejenis manusia yang tamak haloba, semua benda nak *macam aku >,<* haaa elok sangat la datang try nasi ni

Pilihan aku kari ayam. sebab nampak tempting gila and sudah semestinya dengan ulam ngan sambal belacan *fuuuuhhh~superb beb!!*  peribahasa yang aku bole bagi lautan kari sanggup ku renangi, 7 benua sanggup ku redahi *menangis cikgu BM aku kalau baca ni..kekekekeke>,<*

So, overall bagi aku oke. Kiranya bole la nak p makan lagi. Bagi aku harga dia pon agak affordable. Not too pricey nor cheap. Nasi aku RM6.50 exluded air la, sebab aku bawak air sendiri *jimat punya pasal :'(*

Location dia pon sangat senang nak cari dekat ja dengan PISA and betul2 tepi jalan.


2. Pink Elephant Ice Cream

Lepas dah makan benda berat nak la makan pencuci mulut pulak kan. So, off to Queensbay leerr


aku amek perisa yam orea, which is the most economic price.
Si gulung purple (>,<)


Kalau ampa jenis yang just want to try and error pastu sejenis yang nk makan sedap tapi bajet ciput macam aku, so aku sarankan share la ngan kawan. Sebab agak pricey sikit la. Paling murah pon RM 9.80.. Tapi jangan la share berjemaah pulak, sat lagi tak puas menyesal tak sudah pulak (>,<) huhuhuhuhuh~

Location dia betul dekat depan wayang 3rd floor. Agak tersorok sikit, sebab kedai dia hujung sekali. So, pandai2 la ampa cari, kami hari tu pon jenuh pusing cari natang ni semata-mata (^,^)

3. Laksa & Bihun sup goldcoast

Ni bukan goldcoast Ausie oke..hahahaha~*pandai pulak org Ausie makan laksa..ye dok >,<* Sambil dok menikmati angin petang kat tepi pantai tu kami try la makan laksa ngan bihun sup kat gerai situ. Kat situ, macam2 gerai ada. Disebabkan aku tengah dok craving laksa, so apa lagi LAKSA 1!! kena pulak dengan air kelapa ori (NO ais No gula) wooo~mmg sempoi baq ang!!!

walaupun tak da seni persembahan kat situ, tapi rasa dia berseni-seni oke..kalah cikgu seni *oke STOP!mengarut suda (-_-)*


4. Sani Char Kue Teow

Actually aku tak makan pon char kue teow kat sini. Tetiba aku teringin nak makan western, so aku order la chicken chop.

Kat sini depa kata char kue teow dia superb laa..sampai kawan aku kata dulu dia pernah repeat order kot. So, main course kat sini char kue teow, siap depa jual lagi sos yang nak buat char kue teow tu.

Disebabkan aku tak mkn char kue teow tu so tak dak la gambaq, gambaq chicken chop ja yang ada. hehehehehe (^,^)
sedap wooo!!lagi sedap kalau sos dia banyak *oke~tamak disitu (-_-)*
RM 11 sepinggan
Location dia, aku tak reti nak cakap macam mana, tapi dia dekat ja ngan tokong ular and betul-betul tepi jalan.

So, basically food hunting sebenaq nya. Semua ni dalam masa sehari oke. So, boley bayangkan la betapa kenyang nya aku bila balik bilik. Macam ular sawa dah (>,<)

Yeah! but still enjoying it so much as long as ada kawan2 yang menemani *acece~waaahh*

Oke, yang tu ja la yang aku nak share, tak la banyak tempat aku p, tapi oke la dari tak dak kan.

Setakat ni dulu la yee (^,^)

Love,
kittywasabi

Sunday, 3 January 2016

Throw back 2015

Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke-3 untuk tahun 2016, aku harap tak terlambat la aku ucapkan selamat tahun baru *bunyi mercun* hehehehe...Baru hari ni sempat nak mengupdate and started to get my life back *macam tak dak life pulak sebelum ni eh >,<* Al-maklum la, dalam masa 2 minggu ni aku dok bergelumang dengan buku-buku ngan exam, bila orang wish new year aku pandang sebelah mata ja..hahahaha (-_-)

So, kat sini aku nak briefly buat throwback sikit la tahun 2015, in short words aku boleh katakan 2015 is one of my best year, walaupun banyak ups and down throughout the year. Yang paling best sekali tahun ni la aku start to expand aku punya social life *nampak sangat aku tak bersosial sebelum ni >,<*


The Durian Craving

Bulan June hari tu aku ngan bebudak kimia keluar round Island sampai ke malam, kebetulan pulak time tu musim durian, nak-nak pulak ada pesta durian and.......off we go to Balik Pulau, actually last minute planed and semua time ni pakat tension sebab baru lepas paper physical chem *padahal esok lusa ada lagi paper hehehehehe >,<*

Then, dah alang-alang keluar tu memang, meronda sakan la kan..kekekeke ^.^. Boleh katakan time tu macam food hunting jugak la, bukan setakat hunting durian, laksa janggus and gurney drive pon menyampai jugak ^.^ kekekeke~



yeah! we are chemist! fighting!! *tunjuk bicep*

Durian mana durian >,<

Laksa janggus Balik Pulau terbaik!!! *thumbs up*
Chem Night 2015

Chem night ni kiranya macam dinner la, as for me yang ni first time aku attend benda-benda cenggini so, agak jakun skit kat situ *sikit ja (-_-)*




Internship

Bagi aku, time internship ni most memorable experience sepanjang hidup aku, sambil menyelam minum air orang cakap. Bukan setakat buat kerja ja, tapi eheeem...hahahahaha (>,<) *not now nanti aku cerita lain..kekekeke ^,^* and aku pon kenal dengan kawan baru yang buat intern jugak. It was such a good expeience and  I really enjoy and cherish the moment till the end. Walaupun, balik dari kerja macam dah tak ada life *makan-solat-rehat-tido* but wonderful experience laa... So, tepat la decision aku ambil internship *fuuuh~hikmah sangat besaq woooo (>,<)..eh...begetaq pulak tulak rusuk kiri*

My buddy *miss her :'(*

one of the supervisor
Taiping

Actually, yang ni pon last minit punya pelan. 2-3 hari sebelum nak pergi baru nak start cari kereta sewa and google tempat yang best-best. Last-last, redah ja. But unfortunately, time tu pulak musim jerebu so agak limited jugak la kami nak pergi jenjalan pon but yeah~ we dont care because we are food hunter (>,<)


The Jemahs

Ingat budak kecik ja pergi zoo, kakak2 pon pergi oke *muka poyo (-_-)*


  


      Kuala Sepetang Mee Udang (susah nau cari tempat ni, but it worth it *thumbs up*

BAPAK arrrr!!!!!!banyak kot yang mee udang biasa, ada 10 ekoq udang for RM10.00

Cendol Bismillah pekan taiping, sangat murah RM1.50 kalau tak silap

These were crazy oke, memang sedal gil* arr, nak-nak natang hitam tu,
benda hitam tu kalau tak silap milo toaster kot *nama sebenaq cek tak ingat*
yang dua kuning ni cheezy meat ball, pon sodaaap! *tapi bagi sesapa yang cepat muak better share la, kata sharing is caring kan ????kekekekeek*
Actually banyak ja lagi tempat aku pergi, tapi kebanyakannya mall la, so aku malas la nak share kat sini, sebab bagi aku mall just the same and too clise and expensive untuk cerita *sebab sis tak mampu, mampu touch and go ale-ale ja..hahahahah(>,<)*

So, In Syaa Allah, tahun ni banyak la perancangannya, kalau menjadi aku share kalau tak jadi aku baca orang lain punya share..hahahahaha *sadis di situ (-_-)*

Ok, bye

#iolls ada lagi satu paper, pray for me. May Allah ease everything ^.^

Love,
kittywasabi